31.12.12

KAU SAHABAT KAU TEMAN

sahabat,
apa pun yang akan berlaku
aku tetap sahabat jua teman mu
datang pada aku jika kau perlukan aku
walaupun aku yang akan jadi sisa-sisa keperluanmu
aku tetap menunggu kamu mengutip sisa-sisa itu

teman,
walaupun kita dah tak serapat dulu
tapi aku pasti kisah dulu lah yang akan kita ingati selalu
sekarang kita makin jauh,
kau ada haluan hidup kau sendiri
begitu juga aku.

sahabat,
perlukah aku bagitahu hari-hari
betapa aku sayangkan kamu
jika aku juga rasa sebegitu
mengapa kau pun berat mengatakan sedemikian
dalam setiap perhubungan ada give and take
adil ke jika aku sahaja memberi tapi tidak memiliki
jauh benar dengan frasa what you give you get back

teman,
tidak mengapalah
sesungguhnya kau juga tersenarai dalam insan yang aku ingin temui disyurga
jika benar aku akan pergi dulu,
aku mohon titipkan aku kesejahteraan dengan doa-doamu
seperti yang pernah kita janji dulu.

#np kau sahabat kau teman - hijjaz

30.12.12

BOGEL SETAHUN

apa yang aku peroleh tahun ini?
apa yang aku nikmati tahun ini?
azam apa yang dah tertunai tahun ini?
malapetaka apa yang terbayar tahun ini?

bogel
umpama bidadara kacak berwajah pan-asian
bogel menjual tubuh
begitulah rasanya tahun ini
bogel, kosong, tiada apa-apa
melainkan malapetaka

juga nafsu-nafsi yang bermaharajalela
ketikar solat juga rasanya payah
sehingga syaitan jadi junjungan
iman jadi lelongan

tahun ini, akan berlalu sebentar saja lagi
bemakna cukuplah putaran bumi keliling matahari
tidak nampak masa berlalu
begitulah tulisan Tuhan
demi masa, sesungguhnya.......
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh

esok masa juga berlalu meniti hari-hari seperti biasa
dan aku ingin berbaju
bukan sekadar baju berbenangkan kaitan kapas
tapi juga bersulamkan songket bertakhtakan emas

tak mustahil
jika berbogel juga aku mampu
apa lagi bersarung indah

29.12.12

BERTUMBUK

Entah syaitan apa yang menghasut,
aku cuma sayang kau saja
kau masih awal remaja
kau baru mahu kenal kehidupan
aku abangmu dah lama lalui hidup ini
susah, hidup ini susah kalau tiada penjurusan
setiap hari kau keluar melepak bersama teman-teman
sudah maghrib baru kau tahu pulang
ibu penat mengasuh kau, tapi kau tetap macam ni
tidak kira masa kau akan keluar melepak
aku tahu ni musim cuti sekolah
tapi kau dah tunjuk dekat aku yang masa musim sekolah pun perangai kau sama
jadi aku tak boleh terima ada seorang adik yang suka melepak membuang masa
entah dengan siapa kau berkawan, kutu mana kau layan
berubahlah adik
sekarang abangmu masih ada untuk menegurmu
esok belum tentu
minta maaf sebab berkasar dengan kau tadi
aku tak berniat adik
aku cuma mahu kau jadi manusia
menjadi tonggak keluarga bila aku dah tiada nanti.
fahamkanlah niat aku ini wahai adik
dan ada satu yang aku sedar, kau dah pandai bertumbuk
tumbuk kau bagi dekat aku, aku bagi dekat kau double
bukan sebab aku benci kau tapi sebab kau dah pandai bergaduh cara orang dewasa
maaf aku terlepas

26.12.12

IZINKAN AKU MENYAYANGIMU SEBELUM AKU PERGI

semalam pegi jumpa doktor, doktor sahkan yang aku ada mengidap peparu berair, dah stage tiga. tapi serius aku wat dek je takde apa yang aku takut, benda yang aku takut adalah aku x sempat nak bagi kau kasih sayang, itu sebab aku nak jumpa kau sangat time kat syurga. boleh tak kau janji dengan aku kita sama-sama jadi muslim yang baik yang patuh pada agama so senang kita sama-sama masuk syurga berkasih sayang beradu sama-sama sebab kat dunia macam dah tak sempat.

24.12.12

ALLAH MAHA PEMBERI RASA

ya Allah ya tuhanku,
betapa aku terharu dengan nikmatmu
nikmat kasih sayang yang kau beri antara kami
aku berdoa pada mu
aku bermohon pada mu
dan tatkala aku menulis rangkap dalam ruangan ku
tentang dirinya, pesanan ringkas telah kuterima
dari dia..
Kau memang maha pemberi rasa
kau dekatkan hati yang jauh
kau berikan perasaan rindu pada kami
dan kau anugerahkan insan yang sayangkan aku
aku gembira dengan petanda ini
kau berkatilah perhubungan ini
sesungguhnya dia lah insan yang aku mahu temui disyurgaMu


23.12.12

IMAGINASI KALA TIDUR

sudah lama tak bermain imaginasi bersama kamu dalam tidurku
sehingga semalam hati ini terlalu merindukanmu
aku termimpi tentang dirimu yang mengusap kepalaku ketika aku tidur
dibelai manja sehingga aku tersedar rupanya hanya imaginasi dalam tidur

SENYAP

senyap,
adakala membawa kebahagiaan
adakala membawa kedukaan
adalaka menimbulkan persoalan
adakala mempamerkan jawapan

senyap,
adakala penghilang kekecewaan
adakala menghasilkan kerinduan
adakala memperlihat kejujuran
adakala mempertonjol keegoan

senyap,
adakala mengekspresikan kebencian
adakala sedikit melukakan
adakala tidak memberi kesan
adakala terasa diasingkan

senyap,
seribu bahasa pun kau senyap
sejuta kata pun kau terkunci bicara
kau tetap senyap, duduk, diam, setia,
dalam hati aku wahai si penyenyap

22.12.12

TERSENYUM BILA BACA KOMEN KAU DEKAT RUANG TULISAN AKU

lantas aku terus terkenang saat aku dan kau sentiasa tersenyum kerana bahagia
sungguh pantas masa berlalu sehingga masa cuba memisahkan kita
wahai manusia yang aku sayangi teramat sangat
aku merindukanmu segenap pelusuk hati ku
jika diberi waktu yang cukup untuk aku menulis setiap saat dan minit juga
mampu untuk aku berbicara tentang dirimu yang teristimewa
sering aku berdoa supaya kau terjumpa tulisan aku ini
dan jika tiada lagi tali yang menghubungkan kita
aku pasrah..

SEKARANG KAU MESTI SEDANG MEMPADAN-MUKAKAN AKU

kalau kau tahu yang aku memang masih rindukan dan sayangkan kau
dan juga kau tahu yang aku tak pernah sedikit pun berasa benci dekat kau
pasti kau akan berasa puas kan?
sebab segala kesalahan memang atas kebodohan aku
aku yang tak pandai menjaga hati kau
tapi jangan lupa kau dah kecewakan aku juga
malangnya hati aku masih mahukan kau ada sentiasa dalam hidup aku
padan dengan muka aku kan?

21.12.12

TAK SABAR NAK BAGITAHU YANG AKU CUKUP RINDUKAN KAU

atas alasan kecewa, aku tetap dengan ego aku
kau pon mungkin tetap dengan ego kau
biarlah masa yang main peranan
sampai masa kita akan kembali okay

percayalah, sampai mati pon aku tetap sayang kau
dan sampai syurga juga aku ingin jumpa kau lagi

20.12.12

SEDIH YANG TERAMAT

usaha untuk buat macam biasa seakan sia-sia
makin hari makin aku teringat kenangan kita dulu-dulu
bermacam janji kita ingin tunaikan
tapi terhenti ditengah jalan atas sebab kekecewaan
baru aku tahu sekarang perasaan benci tapi sayang
puas juga didik hati supaya benci benci benci
tapi tak boleh sebab sayang sayang sayang lagi banyak dalam segenap memori kita
tolonglah aku wahai Tuhan, temukan aku dengan dia dekat syurga nanti
sebab aku tahu kat dunia ini semua sementara

KENANGAN ITU KEBODOHAN

kenangan yang indah berakhir dengan satu kisah bodoh yang melara
hati memerlukan, jasad terpisah, jauh dari mata
sudah perit rasa hati tapi aku tipu diri sendiri sebab aku rindu kau sangat
aku tipu, aku ego tak mahu bagitahu sebab aku takut aku kecewa lagi
biarlah terus jadi begini, aku cakap aku tak kesah, tapi hati aku Tuhan saja yang tahu
semoga kau ceria bersama teman-teman mu yang lain

18.12.12

AKU BUKAN WANITA SUCI -BHG 1-


duk duk duk.."assalamualaikum..ada orang tak dekat rumah..helloo...ish mana pegi si Zura ni, kata nak suruh aku jemput, tidur ke dia.."bisik Hayati..

"yer aku ada lah..kejap lah tak menyempat-nyempat aku nak mekap kau ni pun"..pekik Zura

"yela aku panggil kau tak menyahut ingatkan kau tidur ke apa.."
"takdalah aku kat bilik air tadi tetiba nak terkucil pulak..."

so kita nak pergi mana ni??"
"aku nak ajak kau makan je sebenarnya, aku teringin makan kat restoran Abdullah Chan tu, orang kata boleh tahan makan kat situ".

"boleh tahan jer?? ingatkan apa". 
"ish maksud aku boleh tahan tu, boleh tahan sedap la..kau ni sejak bila jadi lurus nak mam ni??". 
"sejak bapak aku...huh tak da papelah.." huish hampir-hampir aku nak terbongkar rahsia.. bisik Zura perlahan.

"Zura nape tak makan lagi ni, aku tengok kau n runsing semacam je sejak akhir-akhir ni, cecite masalah kau, mana tau aku boleh tolong."..
"owh yeke aku nampak runsing ker? takdelah aku runsing sebab aku bakal tinggalkan emak, seminggu je lagi aku akan bersama-sama emak. sedih la..". 

"huh seminggu lagi? kau sakit apa Zura, kau nak mati ek Zura..Zura jangan tinggalkan aku Zura, kau jelah kawan baik yang aku ada buat masa sekarang ni..dah la boyfren pun aku takda, sape lagi tempat aku menumpang kasih.."
"ish kau ni aku penampo karang, kau lagi lurus cap bendul dari aku tau tak..kan minggu depan aku stat sambung belajar, aku bakal tinggalkan emak sorang-sorang dekat rumah..haish".
"haha aku saja je lah nak buat kau hepi, dah makan cepat!!"

-bersambung..

14.12.12

MIMPI BUNOH ORANG

tak tahu pe nak jadi dengan aku, asal mimpi dasat je baru nak update belog.
semalam aku mimpi bunoh orang..tiga orang sekali gus,
pertama aku kelar leher die dengan pisau rambo
kedua aku pukul die dengan tukulbesi
ketiga aku tumbuk dan tendang die sampai mampos.
tiga-tiga mati lepas tu
tak lama diorang hidup balik
dan kejar aku
dalam sebuah parti aku larikan diri
datang seseorang cium aku
cium mulut dan aku membalas dengan rakus
dan aku terjaga

fuck! tunggula sampai klimaks baru nak terjaga pon..baru foreplay kot sambil meraba-raba kot-kot ada yang basah.

28.10.12

JOKING

im not joking when im said i like you
people staring at me with many faces
i seriously want to marry you
but not now
can you believe in me
and wait for me until the perfect time

19.10.12

WINTER

Alhamdulillah bila dah stat musim sejuk ni, banyak masa diluangkan di rumah..update belog pon boleh la kerap ye dak? kepada budak confuse boy yang tanya aku kenapa tak update belog..terima kasih..akhirnya aku tahu juga ada diantara pembaca blog aku ni yang perasan akan kehadiran aku ini..sekadar berkongsi, aku sekarang berada di sesuatu tempat didunia..masih belajar lagi..eh kenapa aku nak cerita ni..haha..ada masa aku update lagi cerita aku disini yer..sejuk sangat disini..rasanya below zero degree..kot..

22.8.12

SOMETIMES WE NEED TO BE MEAN

bila setiap apa yang bukan diri kita, kita lakukan memang terasa macam rasa sangat bersalah. tapi kalau dengan cara itu dapat buka mata kau, aku sanggup buat walaupun memang aku tahu sangat kejam untuk kau hadapi semua tindakan aku ni. aku dah bagi, aku dah cuba, aku dah buat macam-macam untuk kembali seperti dulu tapi keputusannya macam tu jugak, di akhir garisan aku dan kau tetap bertengkar. jadi tak payah cuba nak faham aku sekarang, sedangkan selama ni puas aku terangkan siapa aku, aku cakap banyak, kau cakap aku mengungkit, jadi jika sekarang baru kau rasa nak dengar segala keterangan dari aku apa yang aku rasa, agak dah terlambat, aku dah tak berminat nak bercerita, sebab aku tahu apa yang akan berlaku jika aku bercerita panjang perihal ketidakpuasan hati aku pada kau. bukankah diam lebih baik, dan jika dengan cara ini, masing-masing lebih bahagia, kenapa tidak kita teruskan. kau nak kembali sperti dulu kan? tahu tak aku dah lama nak kembali seperti dulu, tapi masa aku nak kembali seperti dulu kau salah anggap..sekarang aku dah tak berminat nak kembali seperti dulu wahai kesayanganku. mungkin aku memerlukan masa, beri aku masa. atau pun bak kata kau, memang dah tak boleh agaknya kita seperti dulu. jadi terima la hakikat. aku tak cakap..kau yang cakap. kelakar.

21.8.12

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MULIA

dikesempatan ini gua nak minta ampun dan maaf kepada seluruh umat manusia yang pernah gua sakitkan hati,

14.8.12

MIMPI DUDUK SERUMAH DENGAN BLOGGER

kadang memang takdak motif la nak mimipi-mimpi dengan orang yang kita tak pernah kenal atau tak pernah jumpa pon kan, mungkin setiap hari blogwalking, baca sana sini sampai terbawa-bawa dalam tidur, damnn, sebentar tadi aku bermimpi aku duduk menyewa dengan seorang blogger yang sejak akhir-akhir ni kerap juga melayan aku, takdela layan apa sangat pon, cuma dia ni rajin juga la balas-balas komen tu yang sampai terbawa ke mimpi kot. dalam mimpi tu macam senang je nak berkawan dengan dia ni walaupun baru sehari jumpa, tapi tak tahulah realiti macam mana kan..hehe..dia adalah si
 kucings aka Aneff Marhfiz

MINTA AKU JADI SEPERTI DULU KONON

kalau tak boleh terima aku yang dulu, jangan minta-minta aku jadi seperti dulu.
kau yang minta aku berubah dengan cara kau sendiri.
bila aku berubah kau nak aku jadi seperti dulu
dah banyak kali, aku try jadi macam apa yang kau mintak.
tapi bila aku jadi seperti aku yang dulu, kau cuba jadikan isu baru.
sudahlah..kau hidup dengan cara kau, aku hidup dengan cara aku.
manis itu masa mula-mula je kan..sekarang semua benda yang dibuat rasa pahit..
terima kasihlah..aku bukan hadap sangat pon

12.8.12

MASAK SAHUR

sekali sekala menyiapkan juadah untuk sahur,
memang berat, penat, ngantuk,
tapi letakkan diri di tempat ibu,
maka lebih mengerti apa itu pengorbanan

KURMA

masa kecik time nak buka.
sanggup belah dua,
kongsi dengan kakak,
punya tak suka,
bentuk cam lipas..geli..
tapi sekarang dah boleh telan byk2
dan buat snek lagi diwaktu lapang

11.8.12

SORRY PAKCIK

(situasi selepas habis isyak menunggu teraweh)

pakcik: teraweh dah habis ke?
aku: belum lagi..
pakcik: belum start lagi yek?
aku: a'ah

(teraweh dimulakan dan habis dua rakaat yg pertama, pakcik tadi bangun menambah dua rakaat lagi)

mesti pakcik tu ingat tadi ni solat isyak, padahal ni solat teraweh la pakcik..

aku pelik jugak kenapa pakcik tu tanya solat teraweh dah abis ke padahal jam masa tu masih menunjukkan 9.30pm

aku rasa pakcik tu salah tanya soalan, sepatutnya dia tanya dah habis solat isyak ke?..atau aku yang salah dengar, sorry pakcik..mesti pakcik malu giler tadi kan..tapi pakcik cool jer, teruskan solat teraweh ikut kami sampai habis,kalau dikira..teraweh pakcik ada 6 rakaat je la kan?

AIR MATA JANTAN

Juga baru menyaksikan iklan raya dari BERNAS, part mandi kat masjid, dan pakai baju raya sama-sama paling terkesan, tak sempurna, tapi nilai persahabatan tiada yang cacat, segalanya sempurna..

RAYA LEPAS-LEPAS

jika tahun ini aku masih bermalas-malasan untuk keluar membelah-beli, segalanya nampak jelas aku akan pakai baju melayu 4 tahun lepas, baju melayu jenama Alain Delon itu sudahku pakai 4 tahun dan masih utuh tiada celaan luntur mahupun rentas

TAK SESUAI ADA LAGU

letak lagu, orang letak, aku letak jugak, cambest, rupanya silap, aku kena ikut tema blog ni, kena sunyi, kena sepi, so tak payah letak lagu lah..

CINTA MACAM KISAH ILLUMINATI

ada perancang, ada dajjal, ada kejahatan, ada pelbagai benda tersembunyi, ada benda yang tak terungkai, rumit, sukar untuk dimengerti.

AKU GAY

Tolonglah hadir rasa cinta ku pada mu, kenapa setelah hadir rasa itu, hilang dipenghujung, aku suka kamu, aku nak kamu jadi isteriku, tapi kenapa hati ni cepat berubah, tolonglah aku, aku nak mencintai kamu dan mengahwini kamu. atau adakah aku........

5.8.12

FAKING MEMORI

menjual maruah, dah tak suci, dosa penuh, bertaubatlah wahai diri

3.8.12

SEMESTINYA ATLAS

sakit jiwa, sakit raga, sakit telinga, sakit hati dengan iklan-iklan zaman sekarang. dialog dan nada suara yang begitu macam nak mintak penampar

Bolehhhh....Orennnn..dafuq!!

15.7.12

BIARLAH SAKIT

biarlah..aku tahu pedih, tapi ini yang aku nak, memang padan dengan muka aku
anggap saja lah tiada apa yang berlaku

5.7.12

GEMBIRA MELIHAT KAU GEMBIRA

Dulu aku sukar nak percaya dengan kenyataan seperti ini, tapi sekarang aku rasakan sendiri..kalau dulu bagi aku orang yang gembira bila melihat orang lain gembira hipokrit nak mam&%$.. Gembira atas kegembiraan orang lain dan dalam masa yang sama kau terpaksa lepaskan untuk kegembiraan orang lain..ridiculous..sangat merepek okay..tapi aku silap, sekarang aku sendiri alami itu, aku sangat gembira melihat kegembiraan orang yang benar aku sayang. Tidak dinafi kadang-kala perasaan semacam aku hanya transit untuk kau berasa gembira itu timbul bila kegembiraan yang dulu kau miliki sudah kau temui kembali. Aku ada terasa macam, dulu mungkin kau kehilangan rasa bahagia itu, itu sebab kau berusaha dekat dengan aku sebab mungkin kau rasa kau akan bahagia bila bersama dengan aku. Hehe terima kasih sahabat..aku benar tak kisah pun jika aku hanyalah transit untuk kau gunakan sebab aku dan dia jauh beza, banyak beza, terlalu jauh mungkin paras rasa sayang kau dekat dia berbanding dekat aku manakan tidak hampir enam tahum perhubungan kalian, berbanding aku hanya baru enam bulan kau kenali. Sekarang kau dah temui kegembiraan sebenar kau yang dulu kau kata pernah hilang. Sumpah aku turut gembira sahabatku, aku sampai menitiskan air mata bila mengenangkan kisah kau. Sahabat, banyak perkara yang ingin aku luah pada kau, untuk jelaskan pada kau tentang perasaan aku..banyak bahagia bila bersama kau, banyak juga yang dukanya bila aku terlalu mengharap sesuatu dari perhubungan ini. Tapi tidak mengapa, selagi aku masih boleh pendam, akan aku pendam selama-lamanya demi perhubungan ini. Aku tak mampu lagi nak bermasam muka, bermuram durja atas perasaan aku sendiri. Semoga kau terus bahagia sahabatku. Sayang kau lebih dari apa yang kau tahu.

27.6.12

DOA TENTANG CINTA AKU

Dalam masa pengakhiran ini, sememangnya ramai yang mendoakan akan perihal cinta dan hubungan serius yang mungkin aku jalani. teman-teman kebanyakan tidak tahulah memerli, atau betul-betul medoakan kebahagiaan aku dengan si dia. aku terharu, dalam hati terbit sedikit malu tapi iyelah pabila ramai yang mengatakan sebegitu, mungkin ada benarnya dia adalah jodohku. aku tak mahu memaksa hati ini mahuun hati ini untuk menikat tali percintaan yang sumbang dimata Allah. sekarang, aku hanya menanti waktu untuk Tuhan menunjukkan sesuatu. jika benar dia jodohku, Alhamdulillah..terima kasih teman-teman atas doa itu.

AKU CUMA MAHU JADI TEMAN MU YANG PALING HAMPIR

Sehari sebelum exam, aku menangis lagi, menangis setelah puas bertanya pada diri sendiri apakah salah untuk aku meminta kau bercerita suka duka, pahit manis kehidupan kau pada aku. Mungkin aku terlampau bercita-cita mahukan seorang sahabat dan teman yang sudi berkongsi segala masalah dengan aku, sehingga bila aku terlalu mendesak bertanya akan perihal itu, dan bila kau sukar sangat memberitahu, aku menjadi terlalu kecewa, aku mula berasa aku bukanlah sahabat yang baik untuk kau jadikan sandaran. I want to be your shoulder. Itu yang aku mahukan sangat. Itu yang aku perlukan sangat. Entah belum tiba masa aku menemui insan yang benar-benar mahu bersahabat dengan aku barangkali. Terima kasih kerana memberi aku menumpang sejenak kasih sayang dari kamu.

LUAHKAN PADA AKU

apa ke malang nasib aku, sampai merayu untuk meminta sahabat sendiri meluahkan isi hati.
kejam sangat ke aku sampai aku terpaksa memaksa kau meluahkan pada aku sahabat kau ini
jangan claim diri aku ni sahabat kau, kalau masalah kau simpan sendiri
ehh pegi jahanam la dengan title sahabat kalau kau simpan sendiri-sendiri
ye memang lama-lama aku tawar hati

23.6.12

WHEN YOU HAVING A SEX WITH SOMEONE

I know I’m not a type of person who are love to be with people, hanging around, do chit chatting, waste the time, and berjimba all those thing too. People around me also notice that I’m not like that, they never ask me to be with them, watch movie, walk around the campus with them, jogging or eating. Haha..Quite boring right when faces the life who like mine. But actually I don’t care much about this, what I know is I don’t disturb people, and as long I can live the life like this, it’s never make me wonder that I can lose my friends. But what make me shock recently is when that’s a lot of classmate that come to me and express their feeling about someone, who are make them frustrated, fall in love and who’s their first crush and all those shit thing. I never know that I’m the one who really suit to be their ears to hear. I can’t help them, I’m not a motivator, but I pretty proud to be the one who are they trust to tell a lot of their own secret and story. Maybe they know that I will not to spread to others since I’m not the one who is loved to be with everybody. Thank you buddy for trusting on me

22.6.12

NASIB

mencintai yang sudah dicintai
menginginkan yang sudah diingini

entah sampai bila perlu aku terjatuh
untuk terjatuh pada yang masih belum dimiliki

21.6.12

EPISOD 6: BERTEMU DI SYURGA

Kepada sahabatku, kau memang insan istimewa yang aku tahu menerima aku seadanya, baik dan buruk aku kau hadap dengan tenang. Cuma apa yang aku cerita dalam entri ini adalah perasaan aku terhadap sedikit sikap acuh tak acuh kau dalam menjalani tali persahabatan ini. Sebenarnya kau dah sempurna untuk aku, Cuma mungkin aku yang terlalu mengharap aku menjadi sesempurna kau supaya kau dapat gunakan aku sebagai pengubat hati kau dikala lara.

Sahabatku jika kau tak keberatan berilah aku peluang untuk menjadi teman dan sahabat kau yang terbaik. Kau pernah tanya aku kau duduk dalam ranking mana dalam kalangan kawan, teman dan sahabat aku, tanpa ragu aku menjawab kau adalah nombor satu. Kau tahu tak aku ingin juga buat kau merasa aku adalah insan nombor satu yang bertakhta dihati kau sebagai seorang sahabat kau. Tapi aku sedar aku tak boleh memaksa itu. Mungkin kau sudah ada sahabat lain yang lebih kau sayang daripada aku. Tapi aku mahu paling kurang pun kau berpuralah seketika dihadapan aku untuk aku merasa kau menghargai kehadiran aku dalam hidup kau. Sesungguhnya jika itu yang akan buat aku tenang hingga akhirnya, aku rela kau berpura wahai sahabatku.

Sahabatku, aku menginginkan hubungan ini melepasi syurga Allah SWT, kau tahu bukan kau adalah salah seorang manusia yang aku mahu bertemu di syurga selain ahli keluargaku, aku mahu bertemu kau di syurga dan jalani kehidupan di syurga bersama-sama kau untuk selamanya tanpa rasa jemu. Dan dengan itu aku bermohon pada kau supaya kita berterusan membina kasih sayang ini atas tali Allah SWT tanpa terpesong sedikit pun, aku mahu berpimpin tangan dengan kau memasuki syurga yang penuh kenikmatan itu wahai sahabatku.

-salam sayang yang teramat sangat dari sahabatmu yang terlalu menyayangi mu dan tali persahabatan ini tapi terkadang sedikit menyesakkan kepala mu-
Tammat

19.6.12

EPISOD 5: MENYAYANGI KAU LEBIH DARI KEKASIH

Sahabatku, aku tahu aku sangat menyesakkan dengan buat pelbagai perkara menjadi terlalu complicated untuk kita berdua hadapi dan fahami, tapi bukankah itu satu kelemahan yang boleh kita berdua tukarkan kadi kelebihan untuk mempererat tali silaturrahmi ini dengan kau memahami kehendak aku, dan aku memahami kehendak kau.

Kau sendiri tahu, aku pernah bicara ini padamu yang aku tak pernah menyayangi seorang sahabat macam aku menyayangi seorang kekasih. Dan kau pun terkejut bila aku berkata yang aku sayangkan kau lebih dari aku sayangkan orang yang aku suka (wanita yang ingin aku kahwini kelak). Tapi itulah hakikatnya wahai sahabatku sebab bagiku kau tiada dua, tiga ataupun empat. Kau adalah kau yang aku sayang dan aku kenal kau atas dasar sifat kau yang sangat memahami aku pada mulanya. Cuba mungkin sekarang ia seakan pudar, pudar ditelan masa-masa yang kita jalani bersama. 

Dalam entri ini, mungkin ada pembaca yang menilai betapa buruknya sifat kau terhadap sahabat kau sendiri, mungkin ada juga yang berkata, aku lah punca segala permasalahan dalam hubungan kita. Tapi nak ditegaskan disini, cerita yang aku cerita dalam entri ni bukanlah mengambarkan betapa buruknya hubungan kami. Kami baik seperti biasa, Cuma apa yang dicerita disini adalah perasaan yang terkadang timbul dalam hati aku tentang sahabat aku yang aku sayang sangat nih.

bersambung...

17.6.12

EPISOD 4: BOSAN TAPI MENCARI

Okay tidak adil untuk aku menilai sikap kau dalam musim sekarang ni (musim peperiksaan akhir). Mungkin kau sangat tensyen untuk menghadapinya. Tapi aku ada, kenapa kau tak boleh jadikan aku sebagai ubat penghilang stress kau. Macam aku selalu buat dekat kau, kau tahu kan aku selalu berasa tenang bila mendengar suara kau, bila dapat mesej dari kau. Tapi aku kesal aku tak boleh buat kau rasa tenang disaat kau bermesej-mesej dengan aku (Pembaca boleh menilai sendiri siapa sebenarnya sahabat yang baik kepada sahabatnya melalui perenggan ini)

Aku tahu mungkin adalah satu kebodohan yang amat nyata untuk memaksa kau berasa tenang dan seronok, juga berasa selesa bila bersama dan berhubung dengan aku, tu sebab aku bertanya akan dikau tentang kelemahan aku yang aku patut perbaiki, supaya aku boleh jadi macam kau. Menjadi teman dan sahabat yang menenangkan sahabatnya yang lain. Itu adalah satu perkara yang aku notis yang aku masih gagal memilikinya.

Tapi nak kata kau bosan dengan aku pun kenapa disaat aku terdiam tidak membalas mesej kau, kau pun mula merisik-risik khabar aku, kau bertanya tidak henti-henti, adakah aku merajok dengan kau. Kau cari jugak aku. Kenapa tak kau biar je aku dengan kehidupan aku yang maha sunyi ni. Tapi bila aku sudah ada kredit untuk mesej kau, dan sememangnya aku topup hanya untuk membalas mesej-mesej kau, tak lama kau pulak seakan menyepi..tup tup kau bagi satu alasan yang sangat klise aku rasakan. Kau cakap sori sebab bukan tak mahu balas mesej cepat-cepat, Cuma tak boleh buat dua kerja dalam satu masa.

Aku tahu sahabatku, itu sebab diawalnya aku bertanya kau sedang buat apa? Bila aku dah tahu kau sibuk nak melakukan itu dan ini, aku akan biarkan lah kau buat kerja kau. Pernah ke selama ni kau bagitahu aku kau nak buat kerja, tapi aku terus-terusan mesej kau dan mengganggu konsentrasi kau buat kerja. Aku rasa tidak. Aku hormat kau, buatlah kerja apa pun yang kau nak buat, tapi disebabkan aku tak tahu kau tengah buat apa tu sebab aku bertanya dengan harapan aku takkan ganggu kau lagi bila tahu kau sibuk. 



bersambung...

15.6.12

EPISOD 3: TOLONG FAHAM

Sahabatku, dalam sudut yang lain aku sedar, aku juga banyak menimbulkan perkara yang kau rasa perlu ke aku timbulkan. Contoh macam isu mesej tak berjawab... Isu kecil kan? Maybe kecil bagi kau, tapi sangat besar bagi aku, aku tak lihat isu mesej tak berjawab itu sebagai sekadar isu mesej tak berjawab tapi aku lihat ia sebagai satu petanda yang aku bukanlah tempat kau untuk kau tenangkan fikiran. Bila aku tanya kenapa kau macam ni, tak jawab mesej aku seme, kau jawab kau tensyen. Kau stress. Maafkan aku tapi bukankah aku ada untuk kau luahkan masalah kau. Kenapa kau mengambil keputusan untuk berdiam sedang kau mengaku aku adalah sahabat kau. Kau boleh gunakan aku untuk bercerita. Aku sedia mendengar wahai sahabatku

Aku cuba mengerti perasaan kau, aku sudah cuba sehabis baik memahami perilaku kau. Aku lakukan semua ni sebab aku sayangkan kau. Aku tak nak persahabatan ni macam terumbang-ambing. Aku nak kau dan aku jadikan ia sebuah hubungan yang kukuh. Hubungan yang bagai aur dengan tebing, buku dan ruas, isi dan kuku, dan bukan seperti kacang lupakan kulit.

Baru sebentar tadi kau mesej aku, kau mengadu kau pening kepala. Percayalah sahabatku aku tahu kau masih perlukan aku untuk kau bermanja mengadu sakit pening kau seme. Tapi tolonglah aku juga perlukan kau. Aku masih mahu bermanja juga mengadu sakit pening, bertanya khabar, bertanya apa kau sedang buat, aku bukan nak bersikap mengangkat bakul sendiri, tapi aku rasa disaat kau perlukan aku, aku selalu ada untuk kau sahabatku, tapi disaat aku perlukan kau, kenapa kau terkadang semacam suka mengelak.


bersambung...

13.6.12

EPISOD 2: MESEJ

Tapi langit tak selalunya cerah, disangakakan hujan dipagi hari supaya aku dapat tido lena dalam selimut dengan rasa nyaman sekali tidak menjadi rupanya. Aku mula terasa, aku hanya tempat kau untuk menunjuk perasaan bukan meluahkan perasaan. Ye aku tau aku juga begitu, malah aku lagi teruk. Tapi dalam masa aku perlukan kau, dan dalam tempoh aku dan kau sedang berbaik-baik setelah berlaku pertengkaran besar, kau tak rasa ke kau perlu untuk pretend kau okay je depan aku. Aku suka mesej-mesej kau, tapi bila aku mesej, kau tak menjawab soalan, aku rasa macam ape seme nih. Aku tanye soalan simple bukan soalan theorem Pythagoras untuk kanak-kanak darjah satu pon . susah sangat kau nak menjawab kenapa? Aku tanya sebab aku ambil berat, tak tahulah kalau bagi pihak kau, aku ni penyebok je kan.

Kalau kau rasa aku ni menyemak je dalam hidup kau, kau tolong bagitahu aku terang-terang, jangan bagi aku harapan palsu untuk aku terus merayu kasih sayang dari kau. Aku sayang kau. Dan kau pun cakap kau sayang aku, tapi kenapa benarkan benda-benda remeh yang aku tak suka tapi kau buat jugak.

Aku minta maaf mungkin dipihak kau, kau rasa tidak adil. Ye aku bagi kau ruang untuk kau meluahkan apa yang kau rasa. Tapi bila aku bertanya, kau hanya mampu mengelak untuk menjawab, kau cakap kau tak nak rasa apa-apa sebab kau anggap aku sahabat kau yang paling kau sayang, kau tak nak bagitahu kelemahan aku satu persatu sebab kau rasa tak perlu, dengan alasan aku ni sahabat kau dan kau tak berkecil hati dengan sikap aku yang memang cakap lepas bila aku tak puas hati dengan kau.

Aku bagi kau ruang kau berbicara soal aku, apa yang kau tak puas hati dengan aku bukan untuk buat kau mengecilkan hati aku. Aku yang suruh kau luah dekat aku, jadi aku bersedia dengan segala apa yang kau cakap. Aku tak nak aku je yang suka nak luah-luah ketidakpuasan hati aku, aku nak kau juga terus terang demi persahabatan yang kita bina ni. Kita perlukan kritikan untuk jadikan sebuah perhubungan bertambah baik.


bersambung...

12.6.12

EPISOD 1: BUKAN GAY


Dalam sebuah perhubungan kadang-kala banyak perkara pelik berlaku. Pelik sangat. Hubungan itu sendiri kadang dah pelik, apa lagi si pelaku yang ada dalam perhubungan itu juga bertambah-tambah la pelik.

Aku taknak berbicara soal hubungan cinta yang sangat klise untuk dibicarakan. Orang dah naik muak dah, tengok cerita melayu kat tv pun semua lebih kurang sama, apa lagi sinetron yang berlambak-lambak terhidang buat tatapan semua.

Sekarang aku nak cerita pasal hubungan persahabatan. Tak semua orang berani declare diri dia ada sahabat melainkan jika benar-benar ia merasakan itu. Yes aku punya sahabat. Merata-rata aku canang aku ada bff, dan ramai yang teruja bila aku cakap aku ada seorang sahabat. Ramai yang memuji tak kurang ada juga yang pandang sinis. Yesszz..kau gay ker? Otak kalau dah kena letak dalam lubang jamban macam tu lah. Tak boleh nak fikir positifnya langsung. Persahabatan lelaki dengan lelaki bukannya Gay bodoh!!

Berbalik kepada ceritanya yang asal. Aku punya sahabat yang aku rasa sangat memahami aku dan menyayangi aku. Tak tahu dimana silapnya terkadang kami berkelahi atas perkara yang tak perlu pun sebenarnya.

Bagi pihak sebelah aku, since aku dah ada sahabat aku nak la sahabat tu pun merasa kehadiran aku yang konon-kononnya boleh la jadikan aku sebagai tempat kau meluah perasaan. Aku bukan motivator, tapi sebagai sahabat kau, aku sanggup mendengar, walaupun aku sendiri tak tahu aku dapat membantu kau selesaikan masalah kau atau tak.

Aku juga terasa sangat dihargai bila kau melakukan itu, kau cerita perihal hidup kau, apa yang kau buat sekarang, dah makan ke belum, nak tido nanti wish gudnite seme. Ha nape? Nampak macam gay kan? Nampak macam pasangan kekasih kan. Tapi bagi kami tak? Itu adalah tanda kasih sayang yang tiada tara untuk seorang sahabat yang baik dan sejati.


bersambung...