Showing posts with label perihal bff. Show all posts
Showing posts with label perihal bff. Show all posts

21.6.12

EPISOD 6: BERTEMU DI SYURGA

Kepada sahabatku, kau memang insan istimewa yang aku tahu menerima aku seadanya, baik dan buruk aku kau hadap dengan tenang. Cuma apa yang aku cerita dalam entri ini adalah perasaan aku terhadap sedikit sikap acuh tak acuh kau dalam menjalani tali persahabatan ini. Sebenarnya kau dah sempurna untuk aku, Cuma mungkin aku yang terlalu mengharap aku menjadi sesempurna kau supaya kau dapat gunakan aku sebagai pengubat hati kau dikala lara.

Sahabatku jika kau tak keberatan berilah aku peluang untuk menjadi teman dan sahabat kau yang terbaik. Kau pernah tanya aku kau duduk dalam ranking mana dalam kalangan kawan, teman dan sahabat aku, tanpa ragu aku menjawab kau adalah nombor satu. Kau tahu tak aku ingin juga buat kau merasa aku adalah insan nombor satu yang bertakhta dihati kau sebagai seorang sahabat kau. Tapi aku sedar aku tak boleh memaksa itu. Mungkin kau sudah ada sahabat lain yang lebih kau sayang daripada aku. Tapi aku mahu paling kurang pun kau berpuralah seketika dihadapan aku untuk aku merasa kau menghargai kehadiran aku dalam hidup kau. Sesungguhnya jika itu yang akan buat aku tenang hingga akhirnya, aku rela kau berpura wahai sahabatku.

Sahabatku, aku menginginkan hubungan ini melepasi syurga Allah SWT, kau tahu bukan kau adalah salah seorang manusia yang aku mahu bertemu di syurga selain ahli keluargaku, aku mahu bertemu kau di syurga dan jalani kehidupan di syurga bersama-sama kau untuk selamanya tanpa rasa jemu. Dan dengan itu aku bermohon pada kau supaya kita berterusan membina kasih sayang ini atas tali Allah SWT tanpa terpesong sedikit pun, aku mahu berpimpin tangan dengan kau memasuki syurga yang penuh kenikmatan itu wahai sahabatku.

-salam sayang yang teramat sangat dari sahabatmu yang terlalu menyayangi mu dan tali persahabatan ini tapi terkadang sedikit menyesakkan kepala mu-
Tammat

19.6.12

EPISOD 5: MENYAYANGI KAU LEBIH DARI KEKASIH

Sahabatku, aku tahu aku sangat menyesakkan dengan buat pelbagai perkara menjadi terlalu complicated untuk kita berdua hadapi dan fahami, tapi bukankah itu satu kelemahan yang boleh kita berdua tukarkan kadi kelebihan untuk mempererat tali silaturrahmi ini dengan kau memahami kehendak aku, dan aku memahami kehendak kau.

Kau sendiri tahu, aku pernah bicara ini padamu yang aku tak pernah menyayangi seorang sahabat macam aku menyayangi seorang kekasih. Dan kau pun terkejut bila aku berkata yang aku sayangkan kau lebih dari aku sayangkan orang yang aku suka (wanita yang ingin aku kahwini kelak). Tapi itulah hakikatnya wahai sahabatku sebab bagiku kau tiada dua, tiga ataupun empat. Kau adalah kau yang aku sayang dan aku kenal kau atas dasar sifat kau yang sangat memahami aku pada mulanya. Cuba mungkin sekarang ia seakan pudar, pudar ditelan masa-masa yang kita jalani bersama. 

Dalam entri ini, mungkin ada pembaca yang menilai betapa buruknya sifat kau terhadap sahabat kau sendiri, mungkin ada juga yang berkata, aku lah punca segala permasalahan dalam hubungan kita. Tapi nak ditegaskan disini, cerita yang aku cerita dalam entri ni bukanlah mengambarkan betapa buruknya hubungan kami. Kami baik seperti biasa, Cuma apa yang dicerita disini adalah perasaan yang terkadang timbul dalam hati aku tentang sahabat aku yang aku sayang sangat nih.

bersambung...

17.6.12

EPISOD 4: BOSAN TAPI MENCARI

Okay tidak adil untuk aku menilai sikap kau dalam musim sekarang ni (musim peperiksaan akhir). Mungkin kau sangat tensyen untuk menghadapinya. Tapi aku ada, kenapa kau tak boleh jadikan aku sebagai ubat penghilang stress kau. Macam aku selalu buat dekat kau, kau tahu kan aku selalu berasa tenang bila mendengar suara kau, bila dapat mesej dari kau. Tapi aku kesal aku tak boleh buat kau rasa tenang disaat kau bermesej-mesej dengan aku (Pembaca boleh menilai sendiri siapa sebenarnya sahabat yang baik kepada sahabatnya melalui perenggan ini)

Aku tahu mungkin adalah satu kebodohan yang amat nyata untuk memaksa kau berasa tenang dan seronok, juga berasa selesa bila bersama dan berhubung dengan aku, tu sebab aku bertanya akan dikau tentang kelemahan aku yang aku patut perbaiki, supaya aku boleh jadi macam kau. Menjadi teman dan sahabat yang menenangkan sahabatnya yang lain. Itu adalah satu perkara yang aku notis yang aku masih gagal memilikinya.

Tapi nak kata kau bosan dengan aku pun kenapa disaat aku terdiam tidak membalas mesej kau, kau pun mula merisik-risik khabar aku, kau bertanya tidak henti-henti, adakah aku merajok dengan kau. Kau cari jugak aku. Kenapa tak kau biar je aku dengan kehidupan aku yang maha sunyi ni. Tapi bila aku sudah ada kredit untuk mesej kau, dan sememangnya aku topup hanya untuk membalas mesej-mesej kau, tak lama kau pulak seakan menyepi..tup tup kau bagi satu alasan yang sangat klise aku rasakan. Kau cakap sori sebab bukan tak mahu balas mesej cepat-cepat, Cuma tak boleh buat dua kerja dalam satu masa.

Aku tahu sahabatku, itu sebab diawalnya aku bertanya kau sedang buat apa? Bila aku dah tahu kau sibuk nak melakukan itu dan ini, aku akan biarkan lah kau buat kerja kau. Pernah ke selama ni kau bagitahu aku kau nak buat kerja, tapi aku terus-terusan mesej kau dan mengganggu konsentrasi kau buat kerja. Aku rasa tidak. Aku hormat kau, buatlah kerja apa pun yang kau nak buat, tapi disebabkan aku tak tahu kau tengah buat apa tu sebab aku bertanya dengan harapan aku takkan ganggu kau lagi bila tahu kau sibuk. 



bersambung...

15.6.12

EPISOD 3: TOLONG FAHAM

Sahabatku, dalam sudut yang lain aku sedar, aku juga banyak menimbulkan perkara yang kau rasa perlu ke aku timbulkan. Contoh macam isu mesej tak berjawab... Isu kecil kan? Maybe kecil bagi kau, tapi sangat besar bagi aku, aku tak lihat isu mesej tak berjawab itu sebagai sekadar isu mesej tak berjawab tapi aku lihat ia sebagai satu petanda yang aku bukanlah tempat kau untuk kau tenangkan fikiran. Bila aku tanya kenapa kau macam ni, tak jawab mesej aku seme, kau jawab kau tensyen. Kau stress. Maafkan aku tapi bukankah aku ada untuk kau luahkan masalah kau. Kenapa kau mengambil keputusan untuk berdiam sedang kau mengaku aku adalah sahabat kau. Kau boleh gunakan aku untuk bercerita. Aku sedia mendengar wahai sahabatku

Aku cuba mengerti perasaan kau, aku sudah cuba sehabis baik memahami perilaku kau. Aku lakukan semua ni sebab aku sayangkan kau. Aku tak nak persahabatan ni macam terumbang-ambing. Aku nak kau dan aku jadikan ia sebuah hubungan yang kukuh. Hubungan yang bagai aur dengan tebing, buku dan ruas, isi dan kuku, dan bukan seperti kacang lupakan kulit.

Baru sebentar tadi kau mesej aku, kau mengadu kau pening kepala. Percayalah sahabatku aku tahu kau masih perlukan aku untuk kau bermanja mengadu sakit pening kau seme. Tapi tolonglah aku juga perlukan kau. Aku masih mahu bermanja juga mengadu sakit pening, bertanya khabar, bertanya apa kau sedang buat, aku bukan nak bersikap mengangkat bakul sendiri, tapi aku rasa disaat kau perlukan aku, aku selalu ada untuk kau sahabatku, tapi disaat aku perlukan kau, kenapa kau terkadang semacam suka mengelak.


bersambung...

13.6.12

EPISOD 2: MESEJ

Tapi langit tak selalunya cerah, disangakakan hujan dipagi hari supaya aku dapat tido lena dalam selimut dengan rasa nyaman sekali tidak menjadi rupanya. Aku mula terasa, aku hanya tempat kau untuk menunjuk perasaan bukan meluahkan perasaan. Ye aku tau aku juga begitu, malah aku lagi teruk. Tapi dalam masa aku perlukan kau, dan dalam tempoh aku dan kau sedang berbaik-baik setelah berlaku pertengkaran besar, kau tak rasa ke kau perlu untuk pretend kau okay je depan aku. Aku suka mesej-mesej kau, tapi bila aku mesej, kau tak menjawab soalan, aku rasa macam ape seme nih. Aku tanye soalan simple bukan soalan theorem Pythagoras untuk kanak-kanak darjah satu pon . susah sangat kau nak menjawab kenapa? Aku tanya sebab aku ambil berat, tak tahulah kalau bagi pihak kau, aku ni penyebok je kan.

Kalau kau rasa aku ni menyemak je dalam hidup kau, kau tolong bagitahu aku terang-terang, jangan bagi aku harapan palsu untuk aku terus merayu kasih sayang dari kau. Aku sayang kau. Dan kau pun cakap kau sayang aku, tapi kenapa benarkan benda-benda remeh yang aku tak suka tapi kau buat jugak.

Aku minta maaf mungkin dipihak kau, kau rasa tidak adil. Ye aku bagi kau ruang untuk kau meluahkan apa yang kau rasa. Tapi bila aku bertanya, kau hanya mampu mengelak untuk menjawab, kau cakap kau tak nak rasa apa-apa sebab kau anggap aku sahabat kau yang paling kau sayang, kau tak nak bagitahu kelemahan aku satu persatu sebab kau rasa tak perlu, dengan alasan aku ni sahabat kau dan kau tak berkecil hati dengan sikap aku yang memang cakap lepas bila aku tak puas hati dengan kau.

Aku bagi kau ruang kau berbicara soal aku, apa yang kau tak puas hati dengan aku bukan untuk buat kau mengecilkan hati aku. Aku yang suruh kau luah dekat aku, jadi aku bersedia dengan segala apa yang kau cakap. Aku tak nak aku je yang suka nak luah-luah ketidakpuasan hati aku, aku nak kau juga terus terang demi persahabatan yang kita bina ni. Kita perlukan kritikan untuk jadikan sebuah perhubungan bertambah baik.


bersambung...

12.6.12

EPISOD 1: BUKAN GAY


Dalam sebuah perhubungan kadang-kala banyak perkara pelik berlaku. Pelik sangat. Hubungan itu sendiri kadang dah pelik, apa lagi si pelaku yang ada dalam perhubungan itu juga bertambah-tambah la pelik.

Aku taknak berbicara soal hubungan cinta yang sangat klise untuk dibicarakan. Orang dah naik muak dah, tengok cerita melayu kat tv pun semua lebih kurang sama, apa lagi sinetron yang berlambak-lambak terhidang buat tatapan semua.

Sekarang aku nak cerita pasal hubungan persahabatan. Tak semua orang berani declare diri dia ada sahabat melainkan jika benar-benar ia merasakan itu. Yes aku punya sahabat. Merata-rata aku canang aku ada bff, dan ramai yang teruja bila aku cakap aku ada seorang sahabat. Ramai yang memuji tak kurang ada juga yang pandang sinis. Yesszz..kau gay ker? Otak kalau dah kena letak dalam lubang jamban macam tu lah. Tak boleh nak fikir positifnya langsung. Persahabatan lelaki dengan lelaki bukannya Gay bodoh!!

Berbalik kepada ceritanya yang asal. Aku punya sahabat yang aku rasa sangat memahami aku dan menyayangi aku. Tak tahu dimana silapnya terkadang kami berkelahi atas perkara yang tak perlu pun sebenarnya.

Bagi pihak sebelah aku, since aku dah ada sahabat aku nak la sahabat tu pun merasa kehadiran aku yang konon-kononnya boleh la jadikan aku sebagai tempat kau meluah perasaan. Aku bukan motivator, tapi sebagai sahabat kau, aku sanggup mendengar, walaupun aku sendiri tak tahu aku dapat membantu kau selesaikan masalah kau atau tak.

Aku juga terasa sangat dihargai bila kau melakukan itu, kau cerita perihal hidup kau, apa yang kau buat sekarang, dah makan ke belum, nak tido nanti wish gudnite seme. Ha nape? Nampak macam gay kan? Nampak macam pasangan kekasih kan. Tapi bagi kami tak? Itu adalah tanda kasih sayang yang tiada tara untuk seorang sahabat yang baik dan sejati.


bersambung...