15.7.12

BIARLAH SAKIT

biarlah..aku tahu pedih, tapi ini yang aku nak, memang padan dengan muka aku
anggap saja lah tiada apa yang berlaku

5.7.12

GEMBIRA MELIHAT KAU GEMBIRA

Dulu aku sukar nak percaya dengan kenyataan seperti ini, tapi sekarang aku rasakan sendiri..kalau dulu bagi aku orang yang gembira bila melihat orang lain gembira hipokrit nak mam&%$.. Gembira atas kegembiraan orang lain dan dalam masa yang sama kau terpaksa lepaskan untuk kegembiraan orang lain..ridiculous..sangat merepek okay..tapi aku silap, sekarang aku sendiri alami itu, aku sangat gembira melihat kegembiraan orang yang benar aku sayang. Tidak dinafi kadang-kala perasaan semacam aku hanya transit untuk kau berasa gembira itu timbul bila kegembiraan yang dulu kau miliki sudah kau temui kembali. Aku ada terasa macam, dulu mungkin kau kehilangan rasa bahagia itu, itu sebab kau berusaha dekat dengan aku sebab mungkin kau rasa kau akan bahagia bila bersama dengan aku. Hehe terima kasih sahabat..aku benar tak kisah pun jika aku hanyalah transit untuk kau gunakan sebab aku dan dia jauh beza, banyak beza, terlalu jauh mungkin paras rasa sayang kau dekat dia berbanding dekat aku manakan tidak hampir enam tahum perhubungan kalian, berbanding aku hanya baru enam bulan kau kenali. Sekarang kau dah temui kegembiraan sebenar kau yang dulu kau kata pernah hilang. Sumpah aku turut gembira sahabatku, aku sampai menitiskan air mata bila mengenangkan kisah kau. Sahabat, banyak perkara yang ingin aku luah pada kau, untuk jelaskan pada kau tentang perasaan aku..banyak bahagia bila bersama kau, banyak juga yang dukanya bila aku terlalu mengharap sesuatu dari perhubungan ini. Tapi tidak mengapa, selagi aku masih boleh pendam, akan aku pendam selama-lamanya demi perhubungan ini. Aku tak mampu lagi nak bermasam muka, bermuram durja atas perasaan aku sendiri. Semoga kau terus bahagia sahabatku. Sayang kau lebih dari apa yang kau tahu.