31.12.12

KAU SAHABAT KAU TEMAN

sahabat,
apa pun yang akan berlaku
aku tetap sahabat jua teman mu
datang pada aku jika kau perlukan aku
walaupun aku yang akan jadi sisa-sisa keperluanmu
aku tetap menunggu kamu mengutip sisa-sisa itu

teman,
walaupun kita dah tak serapat dulu
tapi aku pasti kisah dulu lah yang akan kita ingati selalu
sekarang kita makin jauh,
kau ada haluan hidup kau sendiri
begitu juga aku.

sahabat,
perlukah aku bagitahu hari-hari
betapa aku sayangkan kamu
jika aku juga rasa sebegitu
mengapa kau pun berat mengatakan sedemikian
dalam setiap perhubungan ada give and take
adil ke jika aku sahaja memberi tapi tidak memiliki
jauh benar dengan frasa what you give you get back

teman,
tidak mengapalah
sesungguhnya kau juga tersenarai dalam insan yang aku ingin temui disyurga
jika benar aku akan pergi dulu,
aku mohon titipkan aku kesejahteraan dengan doa-doamu
seperti yang pernah kita janji dulu.

#np kau sahabat kau teman - hijjaz

30.12.12

BOGEL SETAHUN

apa yang aku peroleh tahun ini?
apa yang aku nikmati tahun ini?
azam apa yang dah tertunai tahun ini?
malapetaka apa yang terbayar tahun ini?

bogel
umpama bidadara kacak berwajah pan-asian
bogel menjual tubuh
begitulah rasanya tahun ini
bogel, kosong, tiada apa-apa
melainkan malapetaka

juga nafsu-nafsi yang bermaharajalela
ketikar solat juga rasanya payah
sehingga syaitan jadi junjungan
iman jadi lelongan

tahun ini, akan berlalu sebentar saja lagi
bemakna cukuplah putaran bumi keliling matahari
tidak nampak masa berlalu
begitulah tulisan Tuhan
demi masa, sesungguhnya.......
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh

esok masa juga berlalu meniti hari-hari seperti biasa
dan aku ingin berbaju
bukan sekadar baju berbenangkan kaitan kapas
tapi juga bersulamkan songket bertakhtakan emas

tak mustahil
jika berbogel juga aku mampu
apa lagi bersarung indah

29.12.12

BERTUMBUK

Entah syaitan apa yang menghasut,
aku cuma sayang kau saja
kau masih awal remaja
kau baru mahu kenal kehidupan
aku abangmu dah lama lalui hidup ini
susah, hidup ini susah kalau tiada penjurusan
setiap hari kau keluar melepak bersama teman-teman
sudah maghrib baru kau tahu pulang
ibu penat mengasuh kau, tapi kau tetap macam ni
tidak kira masa kau akan keluar melepak
aku tahu ni musim cuti sekolah
tapi kau dah tunjuk dekat aku yang masa musim sekolah pun perangai kau sama
jadi aku tak boleh terima ada seorang adik yang suka melepak membuang masa
entah dengan siapa kau berkawan, kutu mana kau layan
berubahlah adik
sekarang abangmu masih ada untuk menegurmu
esok belum tentu
minta maaf sebab berkasar dengan kau tadi
aku tak berniat adik
aku cuma mahu kau jadi manusia
menjadi tonggak keluarga bila aku dah tiada nanti.
fahamkanlah niat aku ini wahai adik
dan ada satu yang aku sedar, kau dah pandai bertumbuk
tumbuk kau bagi dekat aku, aku bagi dekat kau double
bukan sebab aku benci kau tapi sebab kau dah pandai bergaduh cara orang dewasa
maaf aku terlepas

26.12.12

IZINKAN AKU MENYAYANGIMU SEBELUM AKU PERGI

semalam pegi jumpa doktor, doktor sahkan yang aku ada mengidap peparu berair, dah stage tiga. tapi serius aku wat dek je takde apa yang aku takut, benda yang aku takut adalah aku x sempat nak bagi kau kasih sayang, itu sebab aku nak jumpa kau sangat time kat syurga. boleh tak kau janji dengan aku kita sama-sama jadi muslim yang baik yang patuh pada agama so senang kita sama-sama masuk syurga berkasih sayang beradu sama-sama sebab kat dunia macam dah tak sempat.

24.12.12

ALLAH MAHA PEMBERI RASA

ya Allah ya tuhanku,
betapa aku terharu dengan nikmatmu
nikmat kasih sayang yang kau beri antara kami
aku berdoa pada mu
aku bermohon pada mu
dan tatkala aku menulis rangkap dalam ruangan ku
tentang dirinya, pesanan ringkas telah kuterima
dari dia..
Kau memang maha pemberi rasa
kau dekatkan hati yang jauh
kau berikan perasaan rindu pada kami
dan kau anugerahkan insan yang sayangkan aku
aku gembira dengan petanda ini
kau berkatilah perhubungan ini
sesungguhnya dia lah insan yang aku mahu temui disyurgaMu


23.12.12

IMAGINASI KALA TIDUR

sudah lama tak bermain imaginasi bersama kamu dalam tidurku
sehingga semalam hati ini terlalu merindukanmu
aku termimpi tentang dirimu yang mengusap kepalaku ketika aku tidur
dibelai manja sehingga aku tersedar rupanya hanya imaginasi dalam tidur

SENYAP

senyap,
adakala membawa kebahagiaan
adakala membawa kedukaan
adalaka menimbulkan persoalan
adakala mempamerkan jawapan

senyap,
adakala penghilang kekecewaan
adakala menghasilkan kerinduan
adakala memperlihat kejujuran
adakala mempertonjol keegoan

senyap,
adakala mengekspresikan kebencian
adakala sedikit melukakan
adakala tidak memberi kesan
adakala terasa diasingkan

senyap,
seribu bahasa pun kau senyap
sejuta kata pun kau terkunci bicara
kau tetap senyap, duduk, diam, setia,
dalam hati aku wahai si penyenyap

22.12.12

TERSENYUM BILA BACA KOMEN KAU DEKAT RUANG TULISAN AKU

lantas aku terus terkenang saat aku dan kau sentiasa tersenyum kerana bahagia
sungguh pantas masa berlalu sehingga masa cuba memisahkan kita
wahai manusia yang aku sayangi teramat sangat
aku merindukanmu segenap pelusuk hati ku
jika diberi waktu yang cukup untuk aku menulis setiap saat dan minit juga
mampu untuk aku berbicara tentang dirimu yang teristimewa
sering aku berdoa supaya kau terjumpa tulisan aku ini
dan jika tiada lagi tali yang menghubungkan kita
aku pasrah..

SEKARANG KAU MESTI SEDANG MEMPADAN-MUKAKAN AKU

kalau kau tahu yang aku memang masih rindukan dan sayangkan kau
dan juga kau tahu yang aku tak pernah sedikit pun berasa benci dekat kau
pasti kau akan berasa puas kan?
sebab segala kesalahan memang atas kebodohan aku
aku yang tak pandai menjaga hati kau
tapi jangan lupa kau dah kecewakan aku juga
malangnya hati aku masih mahukan kau ada sentiasa dalam hidup aku
padan dengan muka aku kan?

21.12.12

TAK SABAR NAK BAGITAHU YANG AKU CUKUP RINDUKAN KAU

atas alasan kecewa, aku tetap dengan ego aku
kau pon mungkin tetap dengan ego kau
biarlah masa yang main peranan
sampai masa kita akan kembali okay

percayalah, sampai mati pon aku tetap sayang kau
dan sampai syurga juga aku ingin jumpa kau lagi

20.12.12

SEDIH YANG TERAMAT

usaha untuk buat macam biasa seakan sia-sia
makin hari makin aku teringat kenangan kita dulu-dulu
bermacam janji kita ingin tunaikan
tapi terhenti ditengah jalan atas sebab kekecewaan
baru aku tahu sekarang perasaan benci tapi sayang
puas juga didik hati supaya benci benci benci
tapi tak boleh sebab sayang sayang sayang lagi banyak dalam segenap memori kita
tolonglah aku wahai Tuhan, temukan aku dengan dia dekat syurga nanti
sebab aku tahu kat dunia ini semua sementara

KENANGAN ITU KEBODOHAN

kenangan yang indah berakhir dengan satu kisah bodoh yang melara
hati memerlukan, jasad terpisah, jauh dari mata
sudah perit rasa hati tapi aku tipu diri sendiri sebab aku rindu kau sangat
aku tipu, aku ego tak mahu bagitahu sebab aku takut aku kecewa lagi
biarlah terus jadi begini, aku cakap aku tak kesah, tapi hati aku Tuhan saja yang tahu
semoga kau ceria bersama teman-teman mu yang lain

18.12.12

AKU BUKAN WANITA SUCI -BHG 1-


duk duk duk.."assalamualaikum..ada orang tak dekat rumah..helloo...ish mana pegi si Zura ni, kata nak suruh aku jemput, tidur ke dia.."bisik Hayati..

"yer aku ada lah..kejap lah tak menyempat-nyempat aku nak mekap kau ni pun"..pekik Zura

"yela aku panggil kau tak menyahut ingatkan kau tidur ke apa.."
"takdalah aku kat bilik air tadi tetiba nak terkucil pulak..."

so kita nak pergi mana ni??"
"aku nak ajak kau makan je sebenarnya, aku teringin makan kat restoran Abdullah Chan tu, orang kata boleh tahan makan kat situ".

"boleh tahan jer?? ingatkan apa". 
"ish maksud aku boleh tahan tu, boleh tahan sedap la..kau ni sejak bila jadi lurus nak mam ni??". 
"sejak bapak aku...huh tak da papelah.." huish hampir-hampir aku nak terbongkar rahsia.. bisik Zura perlahan.

"Zura nape tak makan lagi ni, aku tengok kau n runsing semacam je sejak akhir-akhir ni, cecite masalah kau, mana tau aku boleh tolong."..
"owh yeke aku nampak runsing ker? takdelah aku runsing sebab aku bakal tinggalkan emak, seminggu je lagi aku akan bersama-sama emak. sedih la..". 

"huh seminggu lagi? kau sakit apa Zura, kau nak mati ek Zura..Zura jangan tinggalkan aku Zura, kau jelah kawan baik yang aku ada buat masa sekarang ni..dah la boyfren pun aku takda, sape lagi tempat aku menumpang kasih.."
"ish kau ni aku penampo karang, kau lagi lurus cap bendul dari aku tau tak..kan minggu depan aku stat sambung belajar, aku bakal tinggalkan emak sorang-sorang dekat rumah..haish".
"haha aku saja je lah nak buat kau hepi, dah makan cepat!!"

-bersambung..

14.12.12

MIMPI BUNOH ORANG

tak tahu pe nak jadi dengan aku, asal mimpi dasat je baru nak update belog.
semalam aku mimpi bunoh orang..tiga orang sekali gus,
pertama aku kelar leher die dengan pisau rambo
kedua aku pukul die dengan tukulbesi
ketiga aku tumbuk dan tendang die sampai mampos.
tiga-tiga mati lepas tu
tak lama diorang hidup balik
dan kejar aku
dalam sebuah parti aku larikan diri
datang seseorang cium aku
cium mulut dan aku membalas dengan rakus
dan aku terjaga

fuck! tunggula sampai klimaks baru nak terjaga pon..baru foreplay kot sambil meraba-raba kot-kot ada yang basah.