29.12.12

BERTUMBUK

Entah syaitan apa yang menghasut,
aku cuma sayang kau saja
kau masih awal remaja
kau baru mahu kenal kehidupan
aku abangmu dah lama lalui hidup ini
susah, hidup ini susah kalau tiada penjurusan
setiap hari kau keluar melepak bersama teman-teman
sudah maghrib baru kau tahu pulang
ibu penat mengasuh kau, tapi kau tetap macam ni
tidak kira masa kau akan keluar melepak
aku tahu ni musim cuti sekolah
tapi kau dah tunjuk dekat aku yang masa musim sekolah pun perangai kau sama
jadi aku tak boleh terima ada seorang adik yang suka melepak membuang masa
entah dengan siapa kau berkawan, kutu mana kau layan
berubahlah adik
sekarang abangmu masih ada untuk menegurmu
esok belum tentu
minta maaf sebab berkasar dengan kau tadi
aku tak berniat adik
aku cuma mahu kau jadi manusia
menjadi tonggak keluarga bila aku dah tiada nanti.
fahamkanlah niat aku ini wahai adik
dan ada satu yang aku sedar, kau dah pandai bertumbuk
tumbuk kau bagi dekat aku, aku bagi dekat kau double
bukan sebab aku benci kau tapi sebab kau dah pandai bergaduh cara orang dewasa
maaf aku terlepas

4 comments:

  1. Semoga adik kau berubah.Beruntung punya abang macam kau :) Berdolah banyak2 supaya dibantu ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Pergh, sabar dan semoga dia faham.

    ReplyDelete
  3. jgn lah begadoh dpn ibu mu... itu akn mmbuat ibu mu mengalir air mate =)

    didik lah adek mu dgn cre yang betol

    ReplyDelete
  4. Cuba fahami dia dulu.
    Mengkin ada sesuatu yang kau tak tau.
    Jangan buat tindakan melulu.

    Waktu macamni selalunya dorg macam tu, cuba slow talk.
    InsyaAllah okay :)

    ReplyDelete