29.1.13

TERPATRI

maaf andai aku pernah menyelongkar peribadimu
tetapi sungguh aku terkejut dan terpaku
terima kasih atas terpatrinya namaku
dalam bersama orang-orang yang penting bagimu

sungguh aku tak sangka
sambil tapak tangan terletak didada
menahan haru dan air mata
maaf kerana selama ini berlaku curiga
terhadap kamu yang memang baik belaka

ada baiknya aku merasa curiga
setidaknya aku selongkar apa yang ada
agar puas aku mencari bahagia
dari sisimu yang tak pernah aku jumpa



28.1.13

CELA

bertukar selera melapah bahagia
merasa selesa tidak ada yang bahaya

hari ini sejarah
esok lusa tetap sejarah
sejarah yng tak pernah menipu
mungkin hanya perlu disimpan rapi
supaya tiada yang menyentap sepi

cumanya jika ada kebarangkalian untuk aku melupakan ini
aku teringin melupakan terus
supaya dosa sejarah tidak kubawa bersama anak isteri
kelak menjadi bebanan perasaan pada diri

27.1.13

MENYESAL

aku sangat berdosa
ya Allah ampunilah aku
aku tak sangka mimpi yang dulu jadi nyata
semua angkara nafsu yang tak bisa menolak
kau wujudkan kembali rasa malu pada mu Ya Allah
neraka tempat selayaknya untuk aku
tapi aku tak mahu neraka Mu ya Allah
aku ingin bertaubat ya Allah
berikan peluang aku hidup dalam rahmat Mu
hidupkan aku sehingga aku benar-benar takut padaMu
setelah aku bertaubat nasuha dan menjalankan segala perintahMu
dan kau terimalah taubat ku Ya Allah
kau ambillah aku jika aku sudah bersih ya Allah
itupun jika aku layak mendapat pengampunan dariMu
jika tidak aku tahu selamanya aku akan berada di nerakaMu

18.1.13

AKU BUKAN WANITA SUCI -BHG 2-


"Yati, kau rasa kan kenapa lelaki suka main belakang??"
urghhpphh..ha?? soalan apa tu?

kesian aku tengok Yati.. tercekik dia aku tanya soalan tu

"tak..maksud aku kenapa lelaki suka curang? tak pernah puas dengan satu? dah ada satu, nak dua.. dah ada dua nak tiga..tak fahamlah!!"

"owhh..aku ingatkan main belakang apa tadi..".
"kau tu je pikir jauh bebeno, kuning sangat otak mu tuh"..

"hehe..ntahlah Zura, aku sendiri pelik dengan sikap lelaki laa ni, tu sampai sekarang aku taknak ada boyfren lagi takut kecewa untuk ke sekian kalinya"
"owhh kira dah serik la ni".
"serik tu idokla,tapi entah aku rasa lepas ni aku nak cari boyfren yang alim-alim lah sebab orang alim ni mata dia tak suka meliar cari betina lain..tak gitu"..
"ermhh tak jugak Yati..kau ni lawak la pulak, ada ke pak ustaz nak dekat kau, tengokla cara kau berpakaian, kau jugak cakap orang-orang alim ni mata tak meliar sana sini..jangan kata tengok, sebelah mata pon belum tentu"
"amboi kau ni menghanjeng aku ke hape?? kejap lagi aku pakai la tudung macam kau ni ha..siap purdah lagi..tunggu je lah".

''ermhh..nak tunggu sampai bila..tahun lepas pon ko ada cakap macam ni dekat aku..ingat??"
"hehe sorryy...belum sampai seru la nok.."

-bersambung..

13.1.13

THANK YOU FOR TREATING ME LIKE A SHIT


In this life I’d never love deeper + hardly into someone that I didn’t know who you are, where you come from etc etc etc. but when I fall in love, and I took care of you like menatang minyak yg penuh and you never appreciate it, it feel like you get your body into the tapak pelupusan sampah, berendam dalam timbunan sampah sampai bau shit fuckin dick badan kau semua..setan!!. It just an analogy that show betapa uselessnya kau bagi kasih sayang kat orang yang tak tahu menghargai. Aku dah tawar hati giler nak mampus dengan kau tapi entah setan apa yang bisik kat aku suruh sayang kau lagi, and I try to move on. forget the memory with you, and I can’t. Rasa nak ganti otak dengan otak monyet jer biar lupa segala..geram tau tak!!! Sampai aku pernah berjanji pada diri yang aku tak kisah kau layan aku macam mana pun janji aku nak sayang kau sampai aku mati. Tapi tak boleh aku bukan robot yang di’setting’kan fungsinya untuk sayang kau tanpa aku rasa tak sakit hati bila aku tak dapat sayang dari kau. Kau memang nak tunggu aku mampos baru kau nak rasa sayang kan..tunggu lah masa tu wahai sayangku.. tak lama je lagi. Doakan tau!!

3.1.13

GUGURNYA SEBUAH RESOLUSI

sebelum jam 12 malam 2013 berjanji
mulai detik ini aku tidak akan
tidak akan membazir
tidak akan meluah
tidak akan termuntah
tidak akan mempersia

tapi semuanya hancur berkecai
bila nafsu bertukar jadi raja
lupa tentang resolusi
lupa tentang keyakinan diri
akhirnya terlepas jua
hanya pada hari kedua

363 hari lagi tinggal
aku cuba lagi
semoga tidak tinggal hanya pada resolusi
tetapi membuktikan pada perjuangan diri
demi untuk mendapat keredhaan ILLAHI