10.2.13

MENGAJI



Mujur ibu ada ilmu

Dapat mengajar budak-budak mengaji iqra’, muqaddam dan al-quran

Tenang bila berada dirumah melihat anak kecil datang untuk menuntut ilmu

Comel dan terasa indah melihat kanak-kanak naïf yang putih suci

Jauh dari dosa, jauh dari celaka

Ada dua beradik fitri dan aidil yang cukup mendamba sanubari

Mereka terlalu comel walaupun berkulit gelap

Bila melihat mereka

Aku senyum dan mereka senyum

Ya Allah entah tak tahu ketenangan apa yang kau beri pabila melihat mereka ini

Tersentuh dengan tingkah mereka

Sebab mereka suci

Dan dewasa kelak aku risau mereka tersasar

Seperti aku.

8.2.13

BERHENTI

dari dulu sudah mencuba
untuk berhenti dari mengasihi dan menyayangi
puas aku cuba memang tidak mudah
kerana kasih dan sayang aku yang teramat dalam untukmu

aku bagi ruang untuk aku berasa puas mengenalimu
bagi ruang yang cukup dalam untuk aku buktikan betapa aku sayang padamu
melemparkan juga seluas lautan mengharap belas kasih dan sayang darimu
tapi aku tak jumpa pun itu

kali ini aku harus bermula dengan azam baru
tidak pernah ada dalam resolusi tahun baruku
terkejut juga dengan keputusan yang ingin aku buru
untuk berhenti berharap pada kasihmu

selamat tinggal buat selamanya
aku puas menyayangimu dan mengasihimu
kini masa untuk aku berhenti dari melakukan itu
kerana aku tahu aku bukan selayaknya untuk memberikan segalanya padamu

sedih hati runtun hati ini bila aku melakukan kekejaman ini padamu
aku harus pergi dari hidupmu
aku harus beredar meninggalkan memori kita dahulu
jauh, jauh dan terus jauh
buat masa ini biarkan kecewa ini surut
membenam geram yang tak terlucut

2.2.13

CENGKERANG

berjalan dipasiran pantai buat aku kadang tergeletek kegelian
memijak sang cengkerang yang tak bertuan
atau ada cengkerang yang hanya dijadikan pinjaman
oleh sibadan yang perlukan perlindungan

andai aku menjadi cengkerang
aku ingin sekali menjadi cengkerang yang bertuan
bukan ditinggal ditepian
dilambung ombak kekiri dan kanan

cengkerang yang kuat tak mudah pecah
sering bertahan dari dijerkah
biar dipijak dan dimarah
tetap berkata ada aku kesah

kalau diri ini sebuah cengkerang
sebiji atau seekor cengkerang sekalipun
bukan ada yang peduli aku disakiti
aku dan aku yang akan rasa sendiri