21.6.12

EPISOD 6: BERTEMU DI SYURGA

Kepada sahabatku, kau memang insan istimewa yang aku tahu menerima aku seadanya, baik dan buruk aku kau hadap dengan tenang. Cuma apa yang aku cerita dalam entri ini adalah perasaan aku terhadap sedikit sikap acuh tak acuh kau dalam menjalani tali persahabatan ini. Sebenarnya kau dah sempurna untuk aku, Cuma mungkin aku yang terlalu mengharap aku menjadi sesempurna kau supaya kau dapat gunakan aku sebagai pengubat hati kau dikala lara.

Sahabatku jika kau tak keberatan berilah aku peluang untuk menjadi teman dan sahabat kau yang terbaik. Kau pernah tanya aku kau duduk dalam ranking mana dalam kalangan kawan, teman dan sahabat aku, tanpa ragu aku menjawab kau adalah nombor satu. Kau tahu tak aku ingin juga buat kau merasa aku adalah insan nombor satu yang bertakhta dihati kau sebagai seorang sahabat kau. Tapi aku sedar aku tak boleh memaksa itu. Mungkin kau sudah ada sahabat lain yang lebih kau sayang daripada aku. Tapi aku mahu paling kurang pun kau berpuralah seketika dihadapan aku untuk aku merasa kau menghargai kehadiran aku dalam hidup kau. Sesungguhnya jika itu yang akan buat aku tenang hingga akhirnya, aku rela kau berpura wahai sahabatku.

Sahabatku, aku menginginkan hubungan ini melepasi syurga Allah SWT, kau tahu bukan kau adalah salah seorang manusia yang aku mahu bertemu di syurga selain ahli keluargaku, aku mahu bertemu kau di syurga dan jalani kehidupan di syurga bersama-sama kau untuk selamanya tanpa rasa jemu. Dan dengan itu aku bermohon pada kau supaya kita berterusan membina kasih sayang ini atas tali Allah SWT tanpa terpesong sedikit pun, aku mahu berpimpin tangan dengan kau memasuki syurga yang penuh kenikmatan itu wahai sahabatku.

-salam sayang yang teramat sangat dari sahabatmu yang terlalu menyayangi mu dan tali persahabatan ini tapi terkadang sedikit menyesakkan kepala mu-
Tammat

No comments:

Post a Comment