27.6.12

AKU CUMA MAHU JADI TEMAN MU YANG PALING HAMPIR

Sehari sebelum exam, aku menangis lagi, menangis setelah puas bertanya pada diri sendiri apakah salah untuk aku meminta kau bercerita suka duka, pahit manis kehidupan kau pada aku. Mungkin aku terlampau bercita-cita mahukan seorang sahabat dan teman yang sudi berkongsi segala masalah dengan aku, sehingga bila aku terlalu mendesak bertanya akan perihal itu, dan bila kau sukar sangat memberitahu, aku menjadi terlalu kecewa, aku mula berasa aku bukanlah sahabat yang baik untuk kau jadikan sandaran. I want to be your shoulder. Itu yang aku mahukan sangat. Itu yang aku perlukan sangat. Entah belum tiba masa aku menemui insan yang benar-benar mahu bersahabat dengan aku barangkali. Terima kasih kerana memberi aku menumpang sejenak kasih sayang dari kamu.

No comments:

Post a Comment