17.6.12

EPISOD 4: BOSAN TAPI MENCARI

Okay tidak adil untuk aku menilai sikap kau dalam musim sekarang ni (musim peperiksaan akhir). Mungkin kau sangat tensyen untuk menghadapinya. Tapi aku ada, kenapa kau tak boleh jadikan aku sebagai ubat penghilang stress kau. Macam aku selalu buat dekat kau, kau tahu kan aku selalu berasa tenang bila mendengar suara kau, bila dapat mesej dari kau. Tapi aku kesal aku tak boleh buat kau rasa tenang disaat kau bermesej-mesej dengan aku (Pembaca boleh menilai sendiri siapa sebenarnya sahabat yang baik kepada sahabatnya melalui perenggan ini)

Aku tahu mungkin adalah satu kebodohan yang amat nyata untuk memaksa kau berasa tenang dan seronok, juga berasa selesa bila bersama dan berhubung dengan aku, tu sebab aku bertanya akan dikau tentang kelemahan aku yang aku patut perbaiki, supaya aku boleh jadi macam kau. Menjadi teman dan sahabat yang menenangkan sahabatnya yang lain. Itu adalah satu perkara yang aku notis yang aku masih gagal memilikinya.

Tapi nak kata kau bosan dengan aku pun kenapa disaat aku terdiam tidak membalas mesej kau, kau pun mula merisik-risik khabar aku, kau bertanya tidak henti-henti, adakah aku merajok dengan kau. Kau cari jugak aku. Kenapa tak kau biar je aku dengan kehidupan aku yang maha sunyi ni. Tapi bila aku sudah ada kredit untuk mesej kau, dan sememangnya aku topup hanya untuk membalas mesej-mesej kau, tak lama kau pulak seakan menyepi..tup tup kau bagi satu alasan yang sangat klise aku rasakan. Kau cakap sori sebab bukan tak mahu balas mesej cepat-cepat, Cuma tak boleh buat dua kerja dalam satu masa.

Aku tahu sahabatku, itu sebab diawalnya aku bertanya kau sedang buat apa? Bila aku dah tahu kau sibuk nak melakukan itu dan ini, aku akan biarkan lah kau buat kerja kau. Pernah ke selama ni kau bagitahu aku kau nak buat kerja, tapi aku terus-terusan mesej kau dan mengganggu konsentrasi kau buat kerja. Aku rasa tidak. Aku hormat kau, buatlah kerja apa pun yang kau nak buat, tapi disebabkan aku tak tahu kau tengah buat apa tu sebab aku bertanya dengan harapan aku takkan ganggu kau lagi bila tahu kau sibuk. 



bersambung...

No comments:

Post a Comment