15.6.12

EPISOD 3: TOLONG FAHAM

Sahabatku, dalam sudut yang lain aku sedar, aku juga banyak menimbulkan perkara yang kau rasa perlu ke aku timbulkan. Contoh macam isu mesej tak berjawab... Isu kecil kan? Maybe kecil bagi kau, tapi sangat besar bagi aku, aku tak lihat isu mesej tak berjawab itu sebagai sekadar isu mesej tak berjawab tapi aku lihat ia sebagai satu petanda yang aku bukanlah tempat kau untuk kau tenangkan fikiran. Bila aku tanya kenapa kau macam ni, tak jawab mesej aku seme, kau jawab kau tensyen. Kau stress. Maafkan aku tapi bukankah aku ada untuk kau luahkan masalah kau. Kenapa kau mengambil keputusan untuk berdiam sedang kau mengaku aku adalah sahabat kau. Kau boleh gunakan aku untuk bercerita. Aku sedia mendengar wahai sahabatku

Aku cuba mengerti perasaan kau, aku sudah cuba sehabis baik memahami perilaku kau. Aku lakukan semua ni sebab aku sayangkan kau. Aku tak nak persahabatan ni macam terumbang-ambing. Aku nak kau dan aku jadikan ia sebuah hubungan yang kukuh. Hubungan yang bagai aur dengan tebing, buku dan ruas, isi dan kuku, dan bukan seperti kacang lupakan kulit.

Baru sebentar tadi kau mesej aku, kau mengadu kau pening kepala. Percayalah sahabatku aku tahu kau masih perlukan aku untuk kau bermanja mengadu sakit pening kau seme. Tapi tolonglah aku juga perlukan kau. Aku masih mahu bermanja juga mengadu sakit pening, bertanya khabar, bertanya apa kau sedang buat, aku bukan nak bersikap mengangkat bakul sendiri, tapi aku rasa disaat kau perlukan aku, aku selalu ada untuk kau sahabatku, tapi disaat aku perlukan kau, kenapa kau terkadang semacam suka mengelak.


bersambung...

No comments:

Post a Comment