25.8.13
BERHAMBUS
sebab pandai tapi menyusahkan agak celaka
hidup ni hasil dari semaian benih kerna rasa cinta
kenapa harus kau cipta musuh yang hanya buat hidup manusia lain terluka?
sumpah aku tak faham
4.8.13
RAYA YANG BIASA BIASA
16.6.13
SELAMAT HARI ABAH
Abah,
Aku tahu aku anakmu yang paling berdosa
Aku tahu persis apa aku cuba kau setarakan,
Aku tahu aku bukan lagi anak yang kau boleh harapkan sejak kejadian tahun lalu
Abah,
Sejak aku kenal dunia aku tak rasa kasih sayang abah
Aku umpama burung
Yang hanya kau beri makan dan suap mulut aku
Tapi aku lapar dan dahaga akan kasih sayang kau
Kini sejak kau tinggalkan keluarga kau yang sebenar demi cinta mati kau pada janda tua aku benar-benar hilang kau,
Aku benar-benar jauh dari kau
Air mata aku terlimpah saat mengenangkan kau.
Kau bahagia bersama keluarga baru dan anak tiri kau
Tapi aku dan adik beradik lain meronta kerana tak dapat kasih sayang kau
Abah,
Demi Allah yang maha pengasih dan penyayang aku tak berdendam
Aku tak akan tuntut hak hak aku dekat akhirat kelak
Kerana aku redha dengan ketentuan ini
Abah,
Walaupun kau tak macam abah orang lain
Kehilangan kau sebelum waktunya tetap membuat aku rasa pilu
Kerana setidaknya dahulu hari raya pertama aku dapat salam dan cium pipimu tapi kini tidak lagi
Selamat hari abah
16.5.13
MELANCAP
26.3.13
MUNGKIN
kenapa setiap kali jaga aku harus teringatkannya
kenapa dalam setiap jam pon aku masih terbayang apa yang dia sedang lakukan,
makan dia, tidur dia? Pergi kerja balik kerja dia
arghhh kenapalah semua ni terjadi
10.2.13
MENGAJI
Mujur ibu ada ilmu
Dapat mengajar budak-budak mengaji iqra’, muqaddam dan al-quran
Tenang bila berada dirumah melihat anak kecil datang untuk menuntut ilmu
Comel dan terasa indah melihat kanak-kanak naïf yang putih suci
Jauh dari dosa, jauh dari celaka
Ada dua beradik fitri dan aidil yang cukup mendamba sanubari
Mereka terlalu comel walaupun berkulit gelap
Bila melihat mereka
Aku senyum dan mereka senyum
Ya Allah entah tak tahu ketenangan apa yang kau beri pabila melihat mereka ini
Tersentuh dengan tingkah mereka
Sebab mereka suci
Dan dewasa kelak aku risau mereka tersasar
Seperti aku.
8.2.13
BERHENTI
untuk berhenti dari mengasihi dan menyayangi
puas aku cuba memang tidak mudah
kerana kasih dan sayang aku yang teramat dalam untukmu
aku bagi ruang untuk aku berasa puas mengenalimu
bagi ruang yang cukup dalam untuk aku buktikan betapa aku sayang padamu
melemparkan juga seluas lautan mengharap belas kasih dan sayang darimu
tapi aku tak jumpa pun itu
kali ini aku harus bermula dengan azam baru
tidak pernah ada dalam resolusi tahun baruku
terkejut juga dengan keputusan yang ingin aku buru
untuk berhenti berharap pada kasihmu
selamat tinggal buat selamanya
aku puas menyayangimu dan mengasihimu
kini masa untuk aku berhenti dari melakukan itu
kerana aku tahu aku bukan selayaknya untuk memberikan segalanya padamu
sedih hati runtun hati ini bila aku melakukan kekejaman ini padamu
aku harus pergi dari hidupmu
aku harus beredar meninggalkan memori kita dahulu
jauh, jauh dan terus jauh
buat masa ini biarkan kecewa ini surut
membenam geram yang tak terlucut
2.2.13
CENGKERANG
memijak sang cengkerang yang tak bertuan
atau ada cengkerang yang hanya dijadikan pinjaman
oleh sibadan yang perlukan perlindungan
andai aku menjadi cengkerang
aku ingin sekali menjadi cengkerang yang bertuan
bukan ditinggal ditepian
dilambung ombak kekiri dan kanan
cengkerang yang kuat tak mudah pecah
sering bertahan dari dijerkah
biar dipijak dan dimarah
tetap berkata ada aku kesah
kalau diri ini sebuah cengkerang
sebiji atau seekor cengkerang sekalipun
bukan ada yang peduli aku disakiti
aku dan aku yang akan rasa sendiri
29.1.13
TERPATRI
tetapi sungguh aku terkejut dan terpaku
terima kasih atas terpatrinya namaku
dalam bersama orang-orang yang penting bagimu
sungguh aku tak sangka
sambil tapak tangan terletak didada
menahan haru dan air mata
maaf kerana selama ini berlaku curiga
terhadap kamu yang memang baik belaka
ada baiknya aku merasa curiga
setidaknya aku selongkar apa yang ada
agar puas aku mencari bahagia
dari sisimu yang tak pernah aku jumpa
28.1.13
CELA
merasa selesa tidak ada yang bahaya
hari ini sejarah
esok lusa tetap sejarah
sejarah yng tak pernah menipu
mungkin hanya perlu disimpan rapi
supaya tiada yang menyentap sepi
cumanya jika ada kebarangkalian untuk aku melupakan ini
aku teringin melupakan terus
supaya dosa sejarah tidak kubawa bersama anak isteri
kelak menjadi bebanan perasaan pada diri
27.1.13
MENYESAL
ya Allah ampunilah aku
aku tak sangka mimpi yang dulu jadi nyata
semua angkara nafsu yang tak bisa menolak
kau wujudkan kembali rasa malu pada mu Ya Allah
neraka tempat selayaknya untuk aku
tapi aku tak mahu neraka Mu ya Allah
aku ingin bertaubat ya Allah
berikan peluang aku hidup dalam rahmat Mu
hidupkan aku sehingga aku benar-benar takut padaMu
setelah aku bertaubat nasuha dan menjalankan segala perintahMu
dan kau terimalah taubat ku Ya Allah
kau ambillah aku jika aku sudah bersih ya Allah
itupun jika aku layak mendapat pengampunan dariMu
jika tidak aku tahu selamanya aku akan berada di nerakaMu
18.1.13
AKU BUKAN WANITA SUCI -BHG 2-
13.1.13
THANK YOU FOR TREATING ME LIKE A SHIT
3.1.13
GUGURNYA SEBUAH RESOLUSI
mulai detik ini aku tidak akan
tidak akan membazir
tidak akan meluah
tidak akan termuntah
tidak akan mempersia
tapi semuanya hancur berkecai
bila nafsu bertukar jadi raja
lupa tentang resolusi
lupa tentang keyakinan diri
akhirnya terlepas jua
hanya pada hari kedua
363 hari lagi tinggal
aku cuba lagi
semoga tidak tinggal hanya pada resolusi
tetapi membuktikan pada perjuangan diri
demi untuk mendapat keredhaan ILLAHI
31.12.12
KAU SAHABAT KAU TEMAN
apa pun yang akan berlaku
aku tetap sahabat jua teman mu
datang pada aku jika kau perlukan aku
walaupun aku yang akan jadi sisa-sisa keperluanmu
aku tetap menunggu kamu mengutip sisa-sisa itu
teman,
walaupun kita dah tak serapat dulu
tapi aku pasti kisah dulu lah yang akan kita ingati selalu
sekarang kita makin jauh,
kau ada haluan hidup kau sendiri
begitu juga aku.
sahabat,
perlukah aku bagitahu hari-hari
betapa aku sayangkan kamu
jika aku juga rasa sebegitu
mengapa kau pun berat mengatakan sedemikian
dalam setiap perhubungan ada give and take
adil ke jika aku sahaja memberi tapi tidak memiliki
jauh benar dengan frasa what you give you get back
teman,
tidak mengapalah
sesungguhnya kau juga tersenarai dalam insan yang aku ingin temui disyurga
jika benar aku akan pergi dulu,
aku mohon titipkan aku kesejahteraan dengan doa-doamu
seperti yang pernah kita janji dulu.
#np kau sahabat kau teman - hijjaz
30.12.12
BOGEL SETAHUN
apa yang aku nikmati tahun ini?
azam apa yang dah tertunai tahun ini?
malapetaka apa yang terbayar tahun ini?
bogel
umpama bidadara kacak berwajah pan-asian
bogel menjual tubuh
begitulah rasanya tahun ini
bogel, kosong, tiada apa-apa
melainkan malapetaka
juga nafsu-nafsi yang bermaharajalela
ketikar solat juga rasanya payah
sehingga syaitan jadi junjungan
iman jadi lelongan
tahun ini, akan berlalu sebentar saja lagi
bemakna cukuplah putaran bumi keliling matahari
tidak nampak masa berlalu
begitulah tulisan Tuhan
demi masa, sesungguhnya.......
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
29.12.12
BERTUMBUK
aku cuma sayang kau saja
kau masih awal remaja
kau baru mahu kenal kehidupan
aku abangmu dah lama lalui hidup ini
susah, hidup ini susah kalau tiada penjurusan
setiap hari kau keluar melepak bersama teman-teman
sudah maghrib baru kau tahu pulang
ibu penat mengasuh kau, tapi kau tetap macam ni
tidak kira masa kau akan keluar melepak
aku tahu ni musim cuti sekolah
tapi kau dah tunjuk dekat aku yang masa musim sekolah pun perangai kau sama
jadi aku tak boleh terima ada seorang adik yang suka melepak membuang masa
entah dengan siapa kau berkawan, kutu mana kau layan
berubahlah adik
sekarang abangmu masih ada untuk menegurmu
esok belum tentu
minta maaf sebab berkasar dengan kau tadi
aku tak berniat adik
aku cuma mahu kau jadi manusia
menjadi tonggak keluarga bila aku dah tiada nanti.
fahamkanlah niat aku ini wahai adik
dan ada satu yang aku sedar, kau dah pandai bertumbuk
tumbuk kau bagi dekat aku, aku bagi dekat kau double
bukan sebab aku benci kau tapi sebab kau dah pandai bergaduh cara orang dewasa
maaf aku terlepas
26.12.12
IZINKAN AKU MENYAYANGIMU SEBELUM AKU PERGI
24.12.12
ALLAH MAHA PEMBERI RASA
betapa aku terharu dengan nikmatmu
nikmat kasih sayang yang kau beri antara kami
aku berdoa pada mu
aku bermohon pada mu
dan tatkala aku menulis rangkap dalam ruangan ku
tentang dirinya, pesanan ringkas telah kuterima
dari dia..
Kau memang maha pemberi rasa
kau dekatkan hati yang jauh
kau berikan perasaan rindu pada kami
dan kau anugerahkan insan yang sayangkan aku
aku gembira dengan petanda ini
kau berkatilah perhubungan ini
sesungguhnya dia lah insan yang aku mahu temui disyurgaMu
23.12.12
IMAGINASI KALA TIDUR
sehingga semalam hati ini terlalu merindukanmu
aku termimpi tentang dirimu yang mengusap kepalaku ketika aku tidur
dibelai manja sehingga aku tersedar rupanya hanya imaginasi dalam tidur